Sunday, March 8, 2009

United Run Riot Again

MU 2 - Inter 0 ,ECC (Pusingan Kalah-Mati Pertama), Khamis : 12 Mac 2009



Pemain pertahanan Manchester United Nemanja Vidic (dua dari kiri) menjaringkan satu gol pada minit ke-4 menentang Inter Milan


Manchester United FC mencatat kemenangan untuk maju ke suku akhir UEFA CHAMPIONS LEAGUE selepas gol daripada Nemanja Vidić dan Cristiano Ronaldo memperolehi mereka satu kemenangan 2-0 terhadap FC Internazionale Milano.

Gol permulaan yang disumbangkan oleh Nemanja Vidić adalah hasil hantaran sepakan penjuru oleh Ryan Giggs. Nemanja Vidić yang dikawal oleh Patrick Vieira berjaya meloloskan diri untuk menanduk bola ke gawang gol.


Wayne Rooney mengucapkan tahniah kepada Cristiano Ronaldo

Gol kedua yang disumbangkan oleh Cristiano Ronaldo juga pada minit ke-4 namun selepas masa separuh kedua. Gol ini juga hasil hantaran cantik oleh Wayne Rooney kedalam kotak penatil Inter yang mudah ditanduk oleh Cristiano Ronaldo.

Namun apa yang dinanti-nantikan oleh peminat MU, peratusan untuk memenangi 5 piala pada musim ini masih cerah untul dimiliki selepas kemenangan 2-0 terhadap Inter yang dikatakan pencabar musuh yang terdekat. Inter juga dikatakan kelab yang terkuat kerana diambil alih oleh ketua jurulatih yang terkenal iaitu José Mourinho yang juga diura-urakan sebagai pengganti Alex Ferguson.

José Mourinho melihat Old Trafford

No comments:

Post a Comment

Travian MyX

Travian